Nora Danish Berhenti Berlakon Demi Keluarga
Mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga selain turut memenuhi permintaan suami, Nora Danish menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk meninggalkan bidang lakonan namun bukanlah secara mengejut.
“Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak. Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Nora Danish juga sangat bersyukur dan bahagia di atas perkahwinannya bersama Nedim Nazri kerana suaminya itu merupakan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab.
“Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu,” kongsinya lagi. (rtky/s)
0 Response to "Nora Danish Berhenti Berlakon Demi Keluarga"
Post a Comment