Cemburu Isteri Ada Skandal, Punca Pegawai Polis Tembak Isteri
usulan kes seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang menembak mati isterinya di Kampung Kakai, Serian, Sarawak, pada jam 3.15 petang tadi telah ditahan oleh polis di pasar raya di Matang Jaya, Matang, Kuching, Sarawak malam ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah (Christie) berusia 33 tahun ditemui terbaring oleh seorang ahli keluarganya di dalam rumah.
Selepas menembak isterinya, suspek yang merupakan Ketua Polis Balai Belaga, Sarawak itu terus melarikan diri dengan kereta jenis Proton Saga bersama pistol yang digunakan untuk menembak isterinya itu.
Dalam rekod polis pula, mangsa tiada dalam rekod sebagai isteri suspek dan dalam siasatan polis, mangsa hanyalah disahkan sebagai teman wanita sahaja.
Menurut sumber yang kami perolehi, mangsa adalah isteri ketiga dan punca pegawai polis menembak isterinya kerana cemburu isterinya yang mempunyai skandal dengan salah seorang ahli perniagaan berbangsa Cina.
0 Response to "Cemburu Isteri Ada Skandal, Punca Pegawai Polis Tembak Isteri"
Post a Comment