
Lebih menyedihkan apabila Adrian meninggal, bapanya bertindak untuk melupuskan mayat Adrian dengan cara memberi makanan mayat Adrian kepada babi peliharaan mereka.
Dikurung, dipukul & tak diberi makan.
Menurut Daily Mail Online, sebulan sebelum kejadian, Adrian dikurung di dalam bilik air kediaman mereka. Selain itu, dia dipaksa untuk berdiri dalam kolam renang dengan air di paras leher selama berjam-jam, diikat, dipukul dan dibiarkan kelaparan.
Paling jijik apabila ibu tiri Adrian, Heather Jones merakam semua detik penderaan yang dilakukan terhadap Adrian. Banyak gambar dan video ditemui dalam komputer milik Heather.
Adrian dipaksa berdiri dalam kolam renang di rumah mereka. Tanpa belas kasihan terhadap anak kecil ini. Kesejukan dengan air dan dingin malam.





Apa yang anehnya, Adrian mempunyai 6 orang adik-beradik lain. Namun, hanya dia yang dilayan begitu teruk dan kejam. Ibu tirinya suka panggil Adrian dengan panggilan ‘budak tu’ daripada guna nama yang diberi.
Tuan rumah terjumpa gambar penderaan.
Pemilik rumah keluarga Jones, Jennifer Hoevers menemui gambar-gambar penderaan Adrian apabila Heather Jones memberikan akses untuk menggunakan komputernya.
Saya terus tutup komputer dan habiskan hari yang baik untuk berfikir, dan cuba untuk memutuskan apa yang perlu saya lakukan. Gambar Adrian berdiri bogel di bilik mandi menunjukkan dia semakin kurus sampai tinggal rangka tulang saja.
Jennifer menyerahkan gambar-gambar itu kepada polis sejurus selepas Heather Jones telah dihukum. Bukti ngeri yang berlaku mungkin terlambat untuk digunakan dalam kes untuk Heather tetapi tidak terlalu lewat untuk digunakan kepada Michael Jones, bapa kandung Adrian. Jennifer terus menghubungi Judy Conway, ibu kandung Adrian dan memberikannya DVD dengan semua gambar yang dia jumpa di dalam komputer.


Babi yang makan mayat Adrian telah disimpan dalam sangkar di kediaman Jones di Kansas City, Amerika Syarikat.
Datuk saudara pilih untuk diamkan diri.
Willie Flowers, datuk saudara Adrian adalah orang boleh menyelamatkan nyawa Adrian. Dia tinggal bersama keluarga Jones. Malah pernah menonton video-video penderaan yang dilakukan ke atas Adrian. Tapi Willie memilih untuk mendiamkan diri.
Dia tidak dikenakan sebarang tindakan di bawah undang-undang Kansas City kerana dia tidak diwajibkan melapor apa yang berlaku. Undang-undang di Kansas City hanya mewajibkan doktor, kaunselor, pegawai penguatkuasa undang-undang, pekerja sosial dan guru.
Terdapat juga video dia menggigil di luar rumah, tangannya menggeletar memakai hanya T-shirt dan seluar tidur. Tangan diikat dan Adrian terpaksa makan makanan di lantai.



0 Response to "[VIDEO & GAMBAR] Dera Anak Sampai Mati Sebelum Jamu Mayat Kepada Babi Peliharaan"
Post a Comment